PROFILE BIDARA

Smartbiz Solution adalah pembekal dan pengedar Tepung Gandum Bidara daripada Bidara Flour Sdn.Bhd. Syarikat Bidara Flour Sdn.Bhd adalah merupakan sebuah syarikat 100% milik Bumiputera yang ditubuhkan pada 17 Disember 2009. Bidara Flour telah menjalankan perniagaan berasaskan produk makanan yang beroperasi sejak tahun 2005. Bidara Flour amat berpenggalaman luas dalam bidang perkhidmatan membekalkan produk komoditi bagi pasaran dalam negara dan antarabangsa.

Permintaan yang wujud dan sentiasa meningkat dalam industri pemakanan di Malaysia terutamanya yang berasaskan daripada tepung gandum pada hari ini telah melahirkan idea bagi Bidara Flour satu-satunya tepung tanpa penggunaan Benzoyl Peroxide (peluntur /clorox) untuk menceburkan diri dalam Industri pembukusan dan pembekalan tepung gandum untuk pasaran didalam negara dan juga Negara-negara rantau Asean malah membantu daripada dijangkiti penyakit yang berbahaya.



Bidara Flour Sdn.Bhd diyakini oleh pihak JAKIM dan telah di iktirafkan sebagai produk 100% asli HALAL 

No comments:

Post a Comment