Friday, September 4, 2015




keterangan daripada
Datuk Nadim
Setiausaha Kerja
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Thursday, September 3, 2015

Benzoyl Peroxide

Apa itu Benzoyl Peroxide ?

ada yang pernah dengar perkataan Benzoyl Peroxide ni ada yang tidak pernah dengar lagi.Tahukah anda bahawasanya Benzoyl Peroxide ini untuk memutihkan tepung ?mesti anda tidak mengetahuinya tanpa anda sedar diatas penggunaan Tepung Gandum biasa hanya untuk keenakkan makanan anda sekeluarga ada mengandungi  Benzoyl Peroxide yang boleh membahayakan kesihatan anda sekeluarga.

syarikat yang menggunakan bahan  Benzoyl Peroxide ini wajib mengistiharkan produk mereka.Cuma tanggungjawab kita sekarang untuk membelek dan juga sama anda nak beli ataupun tidak

Penggunaan bahan  Benzoyl Peroxide ini dalam jangka masa yang lama boleh menjejaskan kesihatan anda sekeluarga.

apa itu  Benzoyl Peroxide???? 

  • sejenis bahan peluntur atau pemutih atau CLOROX dan agen pembasmi kuman yang terdapat dalam pencuci am
  • juga bahan utama dalam merawat jerawat (acne) - membunuh kuman menyebabkan jerawat.
  • Benzoyl Peroxide digunakan ketika pemprosesan tepung iaitu tepung gandum keluaran pasaran yang harganya lebih murah ini kerana ia mempercepatkan proses penyingkiran gluten dari biji gandum.
  • hasil kajian dokter pada tahun 1981 menyimpulkan potensi kesan carcinogenic iaitu agen kanser oleh  Benzoyl Peroxide, dan telah menasihatkan agar penggunaan haruslah dikawal dan sebaiknya dicegah agar tidak dijangkiti penyakit kanser.
dalam pemakanan kita seharian, kita perlulah mengambil berat juga apa makanan yang kita makan dan adakah ia baik untuk kesihatan kita terutamanya dalam jangka masa yang panjang.Pilihlah makanan yang "sihat" dan elakkan makanan yang mengandungi bahan kimia yang menjejaskan kesihatan kita dalam tempoh masa yang panjang.Segalanya anda yang menentukan masa depan kesihatan diri anda dan keluarga anda.



bahan rujukan --->> klik disini